Tuesday, October 6, 2015

SEBAB-SEBAB UTAMA KERETA BERGEGAR

SEBAB-SEBAB UTAMA KERETA BERGEGAR

1. Dari bahagian engine

Kadang-kadang gegaran datang dari engine kerana ia tak dapat cukup pembakaran, minyak dan udara untuk engine tersebut berfungsi dengan baik. Tanda-tanda masalah gegar dari engine

+ Kadang-kadang kereta akan "sentap", 
+ gegar berkala ketika memandu, sekejap ada gegar, sekejap takde dan seterusnya
+ Mula mula bawak memandu ok, lepas tu je baru mula bergegar

SPARK PLUG, AIR FILTER, FUEL FILTER
Ini mungkin tanda kereta perlukan spark plug baru. Kalau spark plug masih ok, kena cek cable plug, adakah ia disambung betul atau tidak atau perlukah tukar baru. Kalau bukan, mungkin air filter atau fuel filter kotor. Air filter kotor menyebabkan udara tak cukup sampai ke engine dan fuel filter tersumbat menyebabkan minyak kurang sampai ke engine. Sila bersihkan/tukar air filter mengikut jadual dan begitu juga fuel filter.

Boleh jadi juga engine bergegar kerana kipas radiator pecah/rosak. Ia masih berpusing tapi tak serata. Maka ia boleh menyebabkan kereta rasa bergegar dari kanan ke kiri dan sebaliknya.

Bagaimana kalau engine bergegar sewaktu berhenti/idle?
Biasanya ramai yang menasihatkan supaya tukar engine mounting. Ada kalanya ia betul, tetapi tak kurang juga kes, selepas tukar mounting, masih bergegar lagi. Mengapa ia terjadi?

Sebelum anda tukar mounting, pastikan engine anda berfungsi dengan baik. boleh jadi satu silinder tak berfungsi dengan baik, ada vacuum leak, throtle body atau engine bermasalah (ada yang menyangka throttle body bermasalah, dah cuci pun masih tak ok), kipas radiator rosak, masalah berkaitan fuel injection dan sebagainya. InsyaAllah masalah engine bergegar ketika idle (berhenti) kita akan cover di artikel lain.

2. Axle/driveshaft

Kalau AXLE/DRIVESHAFT bengkok disebabkan pelanggaran, kemalangan, termasuk lubang dan seumpamanya, kereta akan bergegar, dan lagi laju lagi kuat gegaran kerana tugas kompoenen tersebut adalah memindahkan tenaga dari engine ke tayar.

3. Masalah brake

Jika gegaran terjadi waktu brake, boleh jadi ia disebabkan oleh BRAKE DISC (brake rotor) yang bengok, atau tak sekata permukaannya. Mungkin ia perlu di skim atau ditukar.

Jika kereta bergegar pada kelajuan tertentu dan selepas itu terus bergegar kuat dan ada bau hangit seperti tayar terbakar, kemungkinan brake caliper melekat.

4. Rim/bearing

Jika getaran dapat dirasakan sehingga ke steering, boleh jadi ia disebabkan rim dah bengkok, bearing perlu ditukar, tie rod end perlu ditukar atau bahagian komponen suspension lain. Biasanya tiada jadual berkala untuk perkara seperti ini...bergantung kepada pengunaan kerata, pemanduan, keadaan jalan dan sebagainya. Mungkin ada yang perlu adjust.

5. Tayar
Akhir sekali sebab gegaran adalah tayar. Jika getaran berlaku di kelajuan tertentu, mungkin tire BALANCING perlu dilakukan. Tayar yang haus tak seimbang, mungkin perlu tukar dari depan ke belakang dan sebaliknya. Jika tayar dah bengkak atau getah tayar dah mula merekah, sebaiknya ditukar terus.

Ini hanyalah garis panduan kasar, kesimpulannya, gegaran mungkin disebabkan engine tak berfungsi sempurna kerana spark plug, plug cable, air filter, fuel filter, komponen komponen di bahagian engine, atau kerana drive shaft/axle atau bahagian suspension sistem lain, atau rim ataupun tayar sendiri.

Macam mana kalau gegaran tersebut diikuti dengan bunyi bising? Kemungkinan is bersangkut paut dengan gearbox dan drive train (komponen yang menghubungkan gearbox ke axle)

Untuk dapat diagnosis dengan lebih tepat, sila bawa ke bengkel yang dipercayai untuk mendapatkan khidmat nasihat serta pemeriksaan.

No comments: