Wednesday, October 28, 2015

Kenapa engine overheat

ENGINE OVERHEAT? Ketahui sebabnya dan bagaimana nak mengelakkan ia terjadi.
Tiba-tiba suhu (temperature) engine anda naik lebih dari biasa, atau sudah sampai tahap 'merah" atau anda ada warning dari computer, atau memang engine dah berasap dan kereta anda tersadai? Oopps..
Kenapa ini boleh terjadi dan bagaimana untuk mengelakannya?
Kebanyakkan dari puncanya adalah datang dari sistem penyejukan kereta yang tak berfungsi dengan baik. Jika kepanasan engine kereta tidak dapat dibendung, sudah tentu 'overheat' atau pemanasan berlebihan berlaku. Jadi sebelum menjawab persoalan tersebut, adalah penting untuk kita memahami bagaimana sistem penyejukan kereta berfungsi
1. Blok engine dan cylinder head disejukkan dengan satu sistem saluran penyejukan. Ia bersambung dengan komponen komponen yang akan disebutkan.
2. Pam, yang kita panggil 'water pump' digerakkan dengan engine yang disambungkan dengan 'belt' (timing belt, v belt atau accessory belt) atau sesetengah model terbaru dengan kuasa elektrik, tanpa belt. Tugas pam ini ialah mengepam coolant yang telah panas keluar dari engine ke radiator
3. Suhu coolant yang panas dibebaskan dari radiator yang mempunyai banyak permukaan.
4. Ada satu kipas yang biasanya terletak antara radiator dan engine. Fungsi kipas ini juga untuk menyejukkan coolant yang melalui radiator dengan menyedut udara luar supaya melalui radiator.
5. Coolant yang telah sejuk turun ke bawah radiator dan masuk kembali ke dalam engine. Coolant masuk dan keluar dari radiator melalui tiub getah atau 'hose'
6. Ok kita cerita mengenai radiator cap pulak ya. Dalam masa yang sama, apabila coolant yang panas masuk ke dalam radiator yang lebih sempit, ia akan mengembang dan tekanan dalam radiator akan bertambah. Apabila tekanan dalam radiator mencapai tahap tekanan tertentu, injap radiator cap akan renggang dan mengalirkan coolant berlebihan ke tangki berasingan. Coolant berlebihan ini, apabila sejuk semula akan dibawa masuk kembali ke engine. Secara kasarnya, radiator cap mengelakkan tekanan melampau dalam radiator anda.
7. Oh ya, ada satu lagi komponen yang 'mengawal selia' suhu engine anda. I a dipanggil thermostat dan letaknya antara radiator dan engine. Apabila suhu kereta anda mula panas, barulah thermostat ini akan membenarkan coolant dari radiator dari sampai ke engine. Jika coolant menyejukkan kereta terlampau awal, engine akan lambat panas, dan ini mungkin akan menyebabkan masalah pada engine anda.
Jadi di mana masalah mungkin berlaku? Semuanya. 
KEBOCORAN
Tapi yang pertama diperiksa (jangan sentuh atau suka suka buka radiator cap sewaktu engine masih panas) ialah jika ada nampak tanda tanda kebocoran coolant. Sudah tentu engine anda akan overheat jika sistem anda kekurangan coolant. 
Lihat di bahagian bawah dan juga buka bonet untuk melihat jika anda nampak kebocoran air atau coolant. Apabila engine telah sejuk, buka dengan kain tutup radiator dan periksa kandungan air coolant atau radiator samada berkurangan atau tidak. 
Kebocoran boleh berlaku di mana-mana bahagian sistem penyejukan yang disebutkan di atas, antaranya radiator itu sendiri yang telah berkarat dan bocor, hos-hos getah yang telah lama, keras dan merekah. 
Jika terdapat kebocoran coolant ke dalam engine, kereta anda mungkin mengeluarkan asap putih.
KEROSAKAN KOMPONEN
Selain dari kebocoran atau kekurangan coolant, satu sebab lain overheat ialah salah satu komponen dalam sistem penyejukan yang disebutkan tadi tak berfungsi.
Contohnya,
+Thermostat rosak, akibatnya yang sentiasa tertutup atau kerap tertutup, tak membenarkan coolant dari radiator ke engine
+Water pump yang rosak, tak mengepam coolant yang telah panas ke radiator untuk disejukkan
+Belting water pump telah putus atau longgar, maka tidak menyebabkan water pump berfungsi
+Radiator cap telah rosak, oleh itu coolant terlalu panas akibat tekanan yang tinggi yang tidak dilepaskan, radiator juga mungkin rosak/bocor akibatnya.
+Ini bukan rosak, tapi mana mana saluran yang tersumbat oleh karat atau kotoran misalnya, jadi sistem penyejukan tidak lancar.
+Kipas radiator yang telah rosak atau fiusnya perlu diganti
+Bergantung kepada jenis kereta, mungkin ada sensor yang perlu ditukar atau sistem komputer perlu diresetkan.
+Mana mana komponen yang disebutkan tadi tersumbat oleh karat atau kotoran.
MASALAH ENGINE
Selain sistem penyejukan, masalah engine juga boleh menyebabkan overheat. Biasanya masalah engine akan menyebabkan suhu naik beberapa darjah, mungkin tak cukup untuk menyebabkan overheat, tapi jika ada masalah lain ia akan menjadi bertambah teruk.
Contoh masalah engine adalah timing pembakaran yang tak betul. Misalannya, pembakaran terjadi apabila piston telah turun. Ini mungkin disebabkan oleh spark plug, rocker arm, piston tersumbat dan sebagainya. Ada beberapa punca lain berkaitan dengan engine. Sila lihat artikel engine bergegar dan engine berasap dalam artikel yang lepas atau rujuk link di bawah ini.
+ SEBAB-SEBAB UTAMA KERETA BERGEGAR.http://goo.gl/MHgNSh
+ ASAP DARI EKZOS. http://goo.gl/nPOjMV
LANGKAH PENJAGAAN KERETA SUPAYA TAK OVERHEAT
+ Periksa coolant anda dari masa ke semasa, untuk memastikan ia sentiasa cukup
+ Jika ada coolant bocor, sila bertindak cepat, bawa ke bengkel untuk kesan tempat kebocoran
+ Sebaiknya gunakan coolant untuk radiator, bukan air. Kalau nak guna air pun, guna air suling. Kenapa guna coolant? Kerana coolant lagi sukar untuk mendidih. Apabila cecair mendidih, akan terbentuk buih. Buih ini akan mengurangkan haba yang dipindahkan dari coolant ke radiator. Selain dari tu, pengunaan coolant juga melambatkan karat. 
Coolant sebenarnya memang perlu dibancuh dengan air, cuma di pasaran ada dijual 2 jenis coolant, yang dah siap dibancuh dan lagi satu jenis pekat dan perlu dibancuh dengan air. Kalau anda tukar sendiri coolant atau ke bengkel, pastikan jika coolant yang digunakan perlu dibancuh, ia dibancuh dengan air suling.
Aiir suling adalah jauh lebih baik dari air paip biasa. Kenapa? air paip biasa mengandungi bahan bahan mineral yang akan mempercepatkan endapan yang menyumbatkan komponen dan juga karat. Mahukah anda membuat water pump, radiator dan saluran lain tersumbat oleh karak karak air?
+ Tukarlah cecair coolant anda setiap 60,000 km sekali atau setiap 2 tahun. Ini adalah untuk mengurangkan risiko karat dan masalah lain.
+ Servislah secara berkala engine anda bagi megelakkan overheat. Ini termasuk penukaran minyak hitam, pengunaan minyak hitam yang betul, penukaran spark plug.

1 comment:

mat harris said...

Terbaiklah tn Azman... Pencerahan yg sgt detail.. Tq tq..