SUDUT PENGGETAHUAN

TAK SELESA MEMANDU GARA-GARA KENDERAAN YG BERGETAR MACAM GEMPA BUMI!!!
------------------------------------------------------------------------
Ada ketikanya pemandu kereta tidak selesa apabila stereng yang dipegang bergetar dan tidak stabil kerana berat ke sebelah kiri atau kanan. Lebih merisaukan apabila seluruh badan kereta ikut bergetar.
Apabila berhadapan dengan keadaan ini, antara sebab utama kerosakan yang berlaku diberi perhatian termasuk tekanan tayar depan terlalu rendah atau ukurannya tidak sama, kehausan tayar depan tidak sama, kehausan atau kelonggaran sambungan sistem kemudi atau kotak gear stereng bergoyang, penyelarasan jajaran roda depan kurang tepat dan roda depan tidak seimbang.
Jika menghadapi masalah seperti itu pemandu dan penumpang pasti tidak selesa, lebih-lebih lagi jika sedang dalam perjalanan jauh. Untuk itu, punca kerosakan dan getaran perlu diketahui.
====================================
TAYAR HAUS ANTARA PUNCA KENDERAAN BERGETAR
====================================
Apabila memandu kenderaan penumpang atau trak, terutama trak kecil diatas jalan kasar atau rosak, biasanya akan terasa ada goncangan sehingga stereng perlu dipegang dengan kuat. Namun demikian, anda juga dapat merasakan adanya getaran atau goncangan pada stereng dan badan kenderaan walaupun keadaan jalanraya datar dan baik, pada suatu kelajuan antara 70 kilometer sejam (kmj) dan 80km.
Keadaan sebegini dinamakan 'shimmy'. Jadi, jika berhadapan dengan keadaan begini mula-mula periksalah tekanan tayar depan, keadaan sistem kemudi atau skru roda depan.
Kemudian periksa kehausan tayar depan, sebaik-baiknya masih mempunyai rusuk bunga dengan tebal sekurang-kurangnya 2mm.
Gunakan tayar baru untuk perjalanan keluar bandar. Ada kemungkinan getaran yang berlaku boleh dihilangkan apabila tayar yang sudah haus diganti dengan tayar baru atau setelah tayar kiri-kanan ditukar kedudukannya.
Namun demikian, jika getaran masih terasa juga, sebaiknya pemeriksaan dilakukan dengan lebih teliti kerana dibimbangi kerana disebabkan kehausan atau kelonggaran pada sistem rod kemudi dan sistem gantungan depan; atau kerana penyelarasan penjajaran roda depan yang kurang tepat hingga menyebabkan roda tidak seimbang. Untuk memeriksa dan membuat pembaikan bagi masalah berkenaan diperlukan alat dan kemahiran. Roda tayar dilengkapi satu alat pengimbang. Alat itu menunjukkan letak dan besarnya pengimbang yang harus dipasang pada rim roda.
'Shimmy' boleh terjadi apabila roda tidak dikunci dengan baik pada tempatnya, atau rod gandar tidak segaris dengan lubang pada roda. Jadi, banyak faktor yang boleh menyebabkan 'shimmy'; beberapa kesalahan dapat diperbaiki dengan mudah tetapi ada pula yang memerlukan kepakaran tertentu untuk mengatasinya.    


MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI- Cegah Suhu Naik/Temperature Naik.
==================================
Tengah drive, samada kat highway ke, kat jalan perumahan atau tengah jem tiba-tiba anda perasan suhu enjin anda dah sampai ke ‘HOT’ dah, aircond anda rasa panas, pun cuba tengok kat suhu enjin ok ke tak? Yang takde suhu enjin tu tengok ade tak lampu kapal layar merah tu menyala?
Mane yang tak perasan tu terus je kereta breakdown. Yela, bawak kereta tak reti tengok panel meter, entah lampu pasang ke tak waktu malam pun tak tau kan? Tau-tau je kereta berenti tengah tengah jalan! Jadi mari kita tengok kenapa suhu anda tiba-tibe melonjak naik dan kemudian apa nak buat bila situasi ni berlaku!
1. Kebocoran system penyejuk.
Perkara biasa yang berlaku. Jadi sebulan sekali tu rajin-rajinlah bukak bonet kereta dan periksa air radiator tu. Bukan air tu saja nak cek, elokla cek sekali paras minyak enjin ke, minyak brek ke, air bateri ke, air wiper. Jadikan kebiasaan. Kalau sebulan sekali anda kene tambah air atau coolant dalam tangki simpanan air radiator anda, dah ade kebocoran kecil la tu, biasanya air takkan hilang tanpa sebab walaupun 3 bulan tak isi. Tapi baca betul-betul paras FULL tangki tu, kalau isi penuh-penuh sangat pun, air yang melebihi takat penuh tangki tu akan keluar sendiri dan takat yang perlu je ada dalam tangki tu sampailah berbulan-bulan kalau tak bocor.
Jadi kalau bocor biasa kat mana yang bocor?
a) Water pump
Pam air yang mengalirkan cecair penyejuk ke seluruh enjin. Biasanya kalau tukar timing belt tu anda akan disaran menukar pam air tu sekali kerana jangka hayatnya pun lebih kurang 100,000km, timing belt 80,000km. Jadi alang-alang tukar jela, nak kurang la kos pemasangan. Pam yang rosak tak mampu mengalirkan air ke seluruh enjin atau keborocan pam akibat pengaratan menyebabkan pam air perlu ditukar.
b) Hos radiator
Hos atau saluran bocor atau sambungannya bocor kat mana-mana. Kos baiki ni agak rendah tapi eloklah flush sekali radiator anda tu.
c) Radiator atau casing radiator
Radiator tu sendiri boleh bocor, atau penyambungan radiator tu bocor akibat pengaratan. Radiator boleh dikimpal kembali atau terus menukarnya. Casing atau penutup radiator bahagian atas juga selalu retak atau bocor, Kos ni pun tak terlalu mahal tapi mampu mencecah seratus atau dua ratus ringgit untuk kereta biasa.
Jika kebocoran adalah punca, dan kebocoran tu tak terlalu teruk tak banyak air keluar. Tunggu sehingga enjin sejuk dan tambahkan air dengan penuh, kemudian anda boleh teruskan perjalanan ke bengkel terdekat. Kerap berhenti dan periksa air dan tambah jika perlu.
2. Kipas Radiator tak berfungsi
Bergantung pada suhu enjin anda berapa tinggi. Kalau meter suhu tu naik turun seolah sedang bermain-main dengan mata anda dan bila anda semakin laju ia normal dan anda memandu perlahan ia naik, berhenti di tepid an matikan terus enjin. Jangan biarkan anda mengambil risiko berkenaan. Hubungi mekanik anda jika berdekatan atau hubungi wakil insuran anda atau AAM jika ada. Mereka mungkin boleh menyelesaikan masalah anda sementara sehingga anda boleh memandu ke bengkel anda atau mereka akan menarik kereta anda ke bengkel berdekatan atau pilihan anda.
3. Thermostat Bermasalah
Thermostat merupakan suis untuk mengawal pusingan air dalam enjin. Tugas thermostat adalah untuk mendapatkan suhu yang secukupnya supaya enjin berfungsi dengan baik, tak terlalu sejuk dan tak terlalu panas, jika ia panas thermostat akan membenarkan penukaran air yang sejuk dari radiator masuk ke dalam enjin dan air yang panas dari dalam enjin ke radiator. Jika thermostat bermasalah dan tak mampu berbuat demikian, suhu enjin anda boleh menjadi sangat panas. Berhenti tepi apabila bacaan suhu meningkat dan dapatkan bantuan.
4. Radiator Bermasalah
Radiator boleh tersumbat akibat pengaratan, ia akan menghalang pengaliran air sejuk ke dalam enjin. Ada setengah punca bukan akibat ia tersumbat tetapi oleh kerana terlalu banyak karat dalam radiator itu akan membuatkan suhu dalam radiator itu lebih tinggi dan tak membantu penyejukan air dalam radiator.
5. Tali sawat tergelincir
Tali sawat boleh tergelincir jika tidak diketatkan dengan betul, perkara ini akan membuatkan pam air anda tidak berfungsi dan tak mampu mengalirkan air ke dalam enjin.
6. Penutup Radiator Bermasalah
Penutup radiator yang bertulis 0.9bar atau 1.0 bar tu berfungsi untuk mengawal tekanan dalam radiator anda dan mengelakkan sebarang wap atau air radiator terkeluar. . Cecair yang mengalami tekanan mempunyai takat didih lebih dari 100 darjah selsius
. Jika penutup radiator anda bermasalah, ia tak mampu mengawal tekanan menyebabkan takat didih air menjadi rendah dan mendidih di dalam radiator. “Return seal” atau pengedap untuk kembali yang rosak pada penutup radiator juga akan menyekat air untuk kembali ke radiator setelah radiator sejuk. Menyebabkan terjadinya vakum yang boleh menyebabkan hso radiator rosak. Ini akan menyekat air radiator untuk mengalir ke dalam enjin apabila hos berkenaan tidak kembang semula selepas enjin mula panas. Dan seterusnya, penutup radiator yang bocor boleh menyebabkan air mengalir keluar.
7. Punca lain seperti ekzos tersumbat, ignition timing yang terlalu lambat atau cepat, udara luar yang sangat panas, brek kereta yang tersangkut atau lupa dilepaskan sewaktu memandu juga boleh menyebabkan suhu enjin meningkat naik selain perkara di atas.
Simptom2 pemanasan enjin:
Panas ketika jalan sesak atau idling yang lama:
1. Kurang coolant atau air radiator (bocor)
2. Penutup Radiator bermasalah
3. Kipas radiator tidak berfungsi
4. Gasket Head Cylinder bermasalah
5. Pam air berkarat atau bermasalah
Suhu meningkat apabila memandu laju atau ketika memecut:
1. Radiator kotor atau tersumbat
2. Penutup radiator bermasalah
3. Pam air bermasalah
4. Hos radiator bermasalah
Suhu meningkat apabila keluar dari lebuhraya atau apabila memandu perlahan
1. Kipas radiator bermasalah
2. Penutup radiator bermasalah
Suhu meningkat sekali sekala
1. Kurang air radiator (bocor)
2. Penutup radiator bermasalah
3. Masalah elektrik atau pendawaian kenderaan
4. Kipas radiator bermasalah
Suhu meningkat selepas enjin dihidupkan
1. Masalah pada pendawaian, elektrik atau sensor
Suhu lebih dari separuh sepanjang masa
1. Radiator atau sepanjang pengaliran air tersumbat atau berkarat
2. Penutup radiator bermasalah
3. Thermostat bermasalah
4. Kipas radiator patah atau rosak
5. Hos radiator bermasalah
6. Sisik radiator berkarat atau rosak
Buih pada bekas simpanan air radiator
1. Cylinder Head Gasket rosak
Suhu meningkat naik agak bahaya, jangan tunggu sampai enjin anda mati! Jika ia berlaku agak terlambat, anda mungkin terpaksa menjalani top overhaul yang berkos RM1000-3000 atau menukar Cylinder head baru yang juga berharga lebih kurang RM1000-3000 untk terpakai dan boleh mencecah RM5000 untuk yang baru!

Tips Perjalanan: Penjagaan Tayar Kereta Anda!
--------------------------------------------------------------------------------
TAYAR komponen paling utama dan terpenting bagi sesebuah kenderaan. Jika rosak, ia boleh menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan penumpang tanpa diduga.
Cuba periksa tayar kereta anda. Perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar lain terdapat satu penyambung. Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang sama dengan bunga, ini bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga hingga empat bulan, bergantung kepada sekerap mana anda menggunakan kenderaan.
Berikut beberapa panduan apabila anda mahu menukar tayar kereta.
✣ PERTAMA
Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.
✣ KEDUA
Selepas mendapat saiz sesuai,Perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun).
Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh bertahan selama dua tahun selepas dikilangkan.
✣ KETIGA
Mengenai saiz, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.
✣ KEEMPAT
Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import. Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat berdasarkan iklim dan apabila digunakan di Malaysia yang panas terik, jangka hayatnya lebih pendek.
✣ KELIMA
Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.
✣ KEENAM
Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermaksud selama tekanan angin tayar kurang

Cara Penjagaan Bateri Kereta Anda!
-----------------------------
1.Periksa bateri jika terdapat tanda-tanda kerosakan seperti retak, bocor, karat, penutupnya hilang, kepala longgar dan sebagainya. Jika terdapat kesan debu putih dibahagian terminal, dan air baterinya cepat kering, kemungkinan kuasa yang disalurkan kepada bateri itu terlalu tinggi. Bila keadaan ini berlaku, perlulah ia diperbaiki dengan secepat mungkin, untuk mengelakkan kerosakan teruk pada bateri. Kesan-kesan bocor dapat diketahui jika terdapat disekitar dan bawah bateri berdebu garam putih kehijauan.
2. Periksa paras air bateri sekurang-kurangnya seminggu sekali. Perkara ini pada kebiasaannya dilakukan oleh pekerja stesen pam minyak. Jika airnya kurang, tambah dengan air bateri (distilled water). Air sejuk yang bersih boleh juga digunakan.
Walau bagaimanapun jangan bubuh airnya berlebihan dari paras yang ditentukan sebab ini akan menyebabkan air bateri itu melimpah dan mungkin menyebabkan kerosakan selanjutnya kepada bahagian-bahagian besi. Untuk panduan anda, isi air itu sehingga bahagian hitam didalam bateri sahaja yang ditenggelami air.
3. Sekiranya terdapat kesan kesan debu garam putih dikedua-dua terminal bateri, bersihkan dengan menggunakan bancuhan natrium karbonat (serbuk penaik - baking powder) dengan sukatan satu sudu teh serbuk dalam satu cawan air. Bancuhan ini dibubuh atas terminal bateri dan ia akan berbuih. Buih-buih ini akan berhenti bila ia sudah bersih. Seterusnya bilas dengan air sejuk biasa. Kuatkan ikatan kepala bateri jika perlu dengan rapi.
4. Kuatkan kuasa bateri menggunakan battery charger jika perlu. Elakkan diri dari menggunakan ubat-ubat bateri yang terdapat dikedai. Bahan-bahan ini biasanya diakui boleh menguatkan bateri, tapi sebenarnya perbuatan ini sia-sia sahaja.
Air bateri yang dijual dikedai adalah dari jenis air sulingan (distilled water), tapi bila diisi dalam bateri ia akan bercampur dengan air bateri dan seterusnya menjadi cecair asid sulfurik. Jadi elakkan asid ini dari terkena pakaian atau kulit anda. Jangan sesekali tambahkan asid sulfurik kedalam bateri.
Cara Menghidupkan Kereta Ketika Bateri Lemah II
Cara ini memerlukan sepasang wayar. Wayar ini mesti kasar seperti wayar bateri serta berukuran antara 20 hingga 25 cm panjang dan dipasangkan klip dihujungnya. Seelok-eloknya satu berwarna merah dan satu lagi hitam. Anda juga perlu seorang rakan yang berkereta dan mempunyai bateri yang baik.
PERTAMA sekali, sambung wayar hitam daripada terminal negatif (-) dari bateri anda kepada terminal negatif bateri rakan anda (tanpa menanggalkan keluar kepala bateri atau mana-mana bahagian bateri daripada kereta).
KEDUA, sambung wayar merah daripada terminal positif (+) dari bateri anda kepada terminal positif bateri rakan anda.
KETIGA, hidupkan kereta anda seperti biasa.
Akhir sekali, setelah enjin hidup, tanggalkan wayar daripada terminal positif kemudian diikuti dengan terminal negatif.
Menggunakan Cara Tolakan:
Cara ini memerlukan rakan-rakan yang gagah untuk menolak kereta anda. Pertama sekali, pusingkan kunci kereta kepada ‘ON’. Kemudian masukkan gear dua dan tekan klac. Beri isyarat kepada rakan-rakan untuk mula menolak kereta. Bila kereta yang ditolak sudah agak laju, perlahan-lahan lepaskan klac. Insya-Allah enjin itu akan hidup. Untuk perhatian anda, cara ini tidak boleh dilakukan pada kereta yang bergear automatik.

Tips Perjalanan: Pastikan Sistem Brek Anda Memuaskan!
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seperti yang kita tahu, brek sangat penting dalam sebuah kereta. Tanpanya tak mungkin kita berani memandu kereta tersebut sekiranya kita mengetahuinya.
Kepada pemilik kereta yang telah menukar injin kereta mereka kepada injin yang mempunyai "kuasa kuda membrek" atau BHP yang lebih tinggi (lebih 25 bhp ke atas), pastikan anda memeriksa dan menilai kembali sistem brek original yang ada pada kereta anda. Jangan kerana nak jimat, anda abaikan sistem brek anda. Lebih baik sekiranya semasa anda membeli haftcut kereta anda, beli bersama sistem brek kereta tersebut dan pasangkan pada kereta anda. Pernah terjadi kereta kancil yang telah di tukar injin kepada Mira L5 tapi sistem breknya masih original. Dan kebetulan semasa keluar dari bengkel, keadaan kecemasan berlaku dan kereta tersebut tidak dapat berhenti walaupun pemandu mengatakan dia tekan brek sampai berdiri.
Sistem asas brek terdiri dari disk atau drum, pelapik brek (pad brek), saluran minyak, pam vacum(objek besar hitam bulat leper betul-betul di hadapan steering dalam kompamen injin), tabung minyak injin, padel brek
(tempat tekan brek). Kesemua peralatan asas yang di atas mestilah dijaga dengan baik supaya brek berkesan.
Kereta baru. Semasa service pertama, minta mekanik memeriksa kesemua disk dan drum brek termasuk pelapik brek. Pastikan pelapik brek betul betul terapung di antara dua angkup dan disk berada di tengah. Untuk drum, pastikan pelapik brek tidak menyentuh drum atau kesan geseran yang kelihatan adalah sama rata. Jika tidak rata, minta mekanik periksa kerana perkara ini akan menjadi masalah bila ia dibiarkan. Kalau dapat minta mekanik melaraskan pedal brek supaya tidak terlalu ‘makan’ mengejut dan sesuai dengan panjang kaki kita. Sekiranya minyak brek sudah kotor(keruh warnanya), minta mekanik tukar.
Cara penjagaan sistem brek.
1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum. JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM.
2. Setiap 6 bulan semasa kita hendak merotate tayar kereta kita, periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira kita dapati pencengkam ‘makan’ tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinanatekana yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek drum.
3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran ini mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan yang dikenakan ke atasnya.
4. Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul spesifikasinya. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah.
5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai samada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, saya cadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.
6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek ‘jam’. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik brek.
7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.
8. Sekiranya anda ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat kebenaran bertulis daripada JPJ kerana adalah menjadi kesalahan dan syarikat insuran kita akan melindungi anda sekira kemalangan berlaku disebabkan sistem brek dan sistem brek anda telah ditukar tanap kebenaran JPJ.
9. Semasa memandu elakkan kaki daripad sentiasa berada di atas padel brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.
10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek injin (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.
11. Sekiranya anda suka memandu laju dan secara aggresive, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti project U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek anda kepada saluran bersalut steel. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu dan tinggi dan tindakbalas brek anda akan lebih cepat apabila padel ditekan.
Akhir sekali, cuma pastikan setiap kali anda hantar kereta anda untuk ditukar minyak injin, minta mekanik memeriksa juga minyak brek, minyak gear box, pelapik brek, lampu brek ketiga, aras padel brek dan clucth, tekanan angin tayar, aligment tayar, spark plug, penapis angin, penapis petrol dan sebagainya. Jangan cuma tukar minyak hitam saje kerana peralatan lain perlu juga selalu diperiksa. Jangan tertipu dengan mekanik yang cuma menukar minyak hitam dan penapis minyak hitam apabila kita menghantar kereta untuk di service dan kita dikenakan bayaran yang tinggi untuk upahnya.
Kenali simptom enjin kereta yg perlu di TOP OVERHAUL
Proses ini sebahagian daripada jadual penyelenggaraan enjin especially biasanya dibuat selepas 5 tahun. Ianya perlu bagi membaik pulih enjin kenderaan untuk berfungsi dengan baik dan seperti baru. Proses ini tidak memakan masa yg lama dan tidak terlalu mahal. Sebab utama TOP OVERHAUL dilakukan:-

+.Enjin cepat panas dan terlalu panas
+ Injap patah / rocker arm retak
+ Timing belt putus
+ Enjin kurang pick up disebabkan karbon banyak dalam head dan permukaan blok
+.Tak nampak bocor tapi minyak hitam kurang
+,Enjin gegar, enjin jalan tapi ada satu atau lebih piston tak bergerak / sangkut

No comments: