Wednesday, September 14, 2016

手術用ギアボックストヨタ・ウィッシュ
手术变速箱丰田wish
surgical gearbox toyota wish
bedah siasat kotak gear TOYOTA Wish 1.8


Saturday, April 30, 2016

FUEL PUMP - KERETA MATI BILA MEMECUT 
Simptom: 
+ kereta mati/semput bila memecut atau naik bukit
+ kereta tak boleh jalan langsung (minyak tak sampai), enjin start tapi tak boleh terus berterusan hidup

Kadang-kadang fuel filter yang tersumbat. Kalau tukar fuel pump tu, tukarlah sekali fuel filter.

Wednesday, October 28, 2015

Kenapa engine overheat

ENGINE OVERHEAT? Ketahui sebabnya dan bagaimana nak mengelakkan ia terjadi.
Tiba-tiba suhu (temperature) engine anda naik lebih dari biasa, atau sudah sampai tahap 'merah" atau anda ada warning dari computer, atau memang engine dah berasap dan kereta anda tersadai? Oopps..
Kenapa ini boleh terjadi dan bagaimana untuk mengelakannya?
Kebanyakkan dari puncanya adalah datang dari sistem penyejukan kereta yang tak berfungsi dengan baik. Jika kepanasan engine kereta tidak dapat dibendung, sudah tentu 'overheat' atau pemanasan berlebihan berlaku. Jadi sebelum menjawab persoalan tersebut, adalah penting untuk kita memahami bagaimana sistem penyejukan kereta berfungsi
1. Blok engine dan cylinder head disejukkan dengan satu sistem saluran penyejukan. Ia bersambung dengan komponen komponen yang akan disebutkan.
2. Pam, yang kita panggil 'water pump' digerakkan dengan engine yang disambungkan dengan 'belt' (timing belt, v belt atau accessory belt) atau sesetengah model terbaru dengan kuasa elektrik, tanpa belt. Tugas pam ini ialah mengepam coolant yang telah panas keluar dari engine ke radiator
3. Suhu coolant yang panas dibebaskan dari radiator yang mempunyai banyak permukaan.
4. Ada satu kipas yang biasanya terletak antara radiator dan engine. Fungsi kipas ini juga untuk menyejukkan coolant yang melalui radiator dengan menyedut udara luar supaya melalui radiator.
5. Coolant yang telah sejuk turun ke bawah radiator dan masuk kembali ke dalam engine. Coolant masuk dan keluar dari radiator melalui tiub getah atau 'hose'
6. Ok kita cerita mengenai radiator cap pulak ya. Dalam masa yang sama, apabila coolant yang panas masuk ke dalam radiator yang lebih sempit, ia akan mengembang dan tekanan dalam radiator akan bertambah. Apabila tekanan dalam radiator mencapai tahap tekanan tertentu, injap radiator cap akan renggang dan mengalirkan coolant berlebihan ke tangki berasingan. Coolant berlebihan ini, apabila sejuk semula akan dibawa masuk kembali ke engine. Secara kasarnya, radiator cap mengelakkan tekanan melampau dalam radiator anda.
7. Oh ya, ada satu lagi komponen yang 'mengawal selia' suhu engine anda. I a dipanggil thermostat dan letaknya antara radiator dan engine. Apabila suhu kereta anda mula panas, barulah thermostat ini akan membenarkan coolant dari radiator dari sampai ke engine. Jika coolant menyejukkan kereta terlampau awal, engine akan lambat panas, dan ini mungkin akan menyebabkan masalah pada engine anda.
Jadi di mana masalah mungkin berlaku? Semuanya. 
KEBOCORAN
Tapi yang pertama diperiksa (jangan sentuh atau suka suka buka radiator cap sewaktu engine masih panas) ialah jika ada nampak tanda tanda kebocoran coolant. Sudah tentu engine anda akan overheat jika sistem anda kekurangan coolant. 
Lihat di bahagian bawah dan juga buka bonet untuk melihat jika anda nampak kebocoran air atau coolant. Apabila engine telah sejuk, buka dengan kain tutup radiator dan periksa kandungan air coolant atau radiator samada berkurangan atau tidak. 
Kebocoran boleh berlaku di mana-mana bahagian sistem penyejukan yang disebutkan di atas, antaranya radiator itu sendiri yang telah berkarat dan bocor, hos-hos getah yang telah lama, keras dan merekah. 
Jika terdapat kebocoran coolant ke dalam engine, kereta anda mungkin mengeluarkan asap putih.
KEROSAKAN KOMPONEN
Selain dari kebocoran atau kekurangan coolant, satu sebab lain overheat ialah salah satu komponen dalam sistem penyejukan yang disebutkan tadi tak berfungsi.
Contohnya,
+Thermostat rosak, akibatnya yang sentiasa tertutup atau kerap tertutup, tak membenarkan coolant dari radiator ke engine
+Water pump yang rosak, tak mengepam coolant yang telah panas ke radiator untuk disejukkan
+Belting water pump telah putus atau longgar, maka tidak menyebabkan water pump berfungsi
+Radiator cap telah rosak, oleh itu coolant terlalu panas akibat tekanan yang tinggi yang tidak dilepaskan, radiator juga mungkin rosak/bocor akibatnya.
+Ini bukan rosak, tapi mana mana saluran yang tersumbat oleh karat atau kotoran misalnya, jadi sistem penyejukan tidak lancar.
+Kipas radiator yang telah rosak atau fiusnya perlu diganti
+Bergantung kepada jenis kereta, mungkin ada sensor yang perlu ditukar atau sistem komputer perlu diresetkan.
+Mana mana komponen yang disebutkan tadi tersumbat oleh karat atau kotoran.
MASALAH ENGINE
Selain sistem penyejukan, masalah engine juga boleh menyebabkan overheat. Biasanya masalah engine akan menyebabkan suhu naik beberapa darjah, mungkin tak cukup untuk menyebabkan overheat, tapi jika ada masalah lain ia akan menjadi bertambah teruk.
Contoh masalah engine adalah timing pembakaran yang tak betul. Misalannya, pembakaran terjadi apabila piston telah turun. Ini mungkin disebabkan oleh spark plug, rocker arm, piston tersumbat dan sebagainya. Ada beberapa punca lain berkaitan dengan engine. Sila lihat artikel engine bergegar dan engine berasap dalam artikel yang lepas atau rujuk link di bawah ini.
+ SEBAB-SEBAB UTAMA KERETA BERGEGAR.http://goo.gl/MHgNSh
+ ASAP DARI EKZOS. http://goo.gl/nPOjMV
LANGKAH PENJAGAAN KERETA SUPAYA TAK OVERHEAT
+ Periksa coolant anda dari masa ke semasa, untuk memastikan ia sentiasa cukup
+ Jika ada coolant bocor, sila bertindak cepat, bawa ke bengkel untuk kesan tempat kebocoran
+ Sebaiknya gunakan coolant untuk radiator, bukan air. Kalau nak guna air pun, guna air suling. Kenapa guna coolant? Kerana coolant lagi sukar untuk mendidih. Apabila cecair mendidih, akan terbentuk buih. Buih ini akan mengurangkan haba yang dipindahkan dari coolant ke radiator. Selain dari tu, pengunaan coolant juga melambatkan karat. 
Coolant sebenarnya memang perlu dibancuh dengan air, cuma di pasaran ada dijual 2 jenis coolant, yang dah siap dibancuh dan lagi satu jenis pekat dan perlu dibancuh dengan air. Kalau anda tukar sendiri coolant atau ke bengkel, pastikan jika coolant yang digunakan perlu dibancuh, ia dibancuh dengan air suling.
Aiir suling adalah jauh lebih baik dari air paip biasa. Kenapa? air paip biasa mengandungi bahan bahan mineral yang akan mempercepatkan endapan yang menyumbatkan komponen dan juga karat. Mahukah anda membuat water pump, radiator dan saluran lain tersumbat oleh karak karak air?
+ Tukarlah cecair coolant anda setiap 60,000 km sekali atau setiap 2 tahun. Ini adalah untuk mengurangkan risiko karat dan masalah lain.
+ Servislah secara berkala engine anda bagi megelakkan overheat. Ini termasuk penukaran minyak hitam, pengunaan minyak hitam yang betul, penukaran spark plug.

Tuesday, October 6, 2015

SEBAB-SEBAB UTAMA KERETA BERGEGAR

SEBAB-SEBAB UTAMA KERETA BERGEGAR

1. Dari bahagian engine

Kadang-kadang gegaran datang dari engine kerana ia tak dapat cukup pembakaran, minyak dan udara untuk engine tersebut berfungsi dengan baik. Tanda-tanda masalah gegar dari engine

+ Kadang-kadang kereta akan "sentap", 
+ gegar berkala ketika memandu, sekejap ada gegar, sekejap takde dan seterusnya
+ Mula mula bawak memandu ok, lepas tu je baru mula bergegar

SPARK PLUG, AIR FILTER, FUEL FILTER
Ini mungkin tanda kereta perlukan spark plug baru. Kalau spark plug masih ok, kena cek cable plug, adakah ia disambung betul atau tidak atau perlukah tukar baru. Kalau bukan, mungkin air filter atau fuel filter kotor. Air filter kotor menyebabkan udara tak cukup sampai ke engine dan fuel filter tersumbat menyebabkan minyak kurang sampai ke engine. Sila bersihkan/tukar air filter mengikut jadual dan begitu juga fuel filter.

Boleh jadi juga engine bergegar kerana kipas radiator pecah/rosak. Ia masih berpusing tapi tak serata. Maka ia boleh menyebabkan kereta rasa bergegar dari kanan ke kiri dan sebaliknya.

Bagaimana kalau engine bergegar sewaktu berhenti/idle?
Biasanya ramai yang menasihatkan supaya tukar engine mounting. Ada kalanya ia betul, tetapi tak kurang juga kes, selepas tukar mounting, masih bergegar lagi. Mengapa ia terjadi?

Sebelum anda tukar mounting, pastikan engine anda berfungsi dengan baik. boleh jadi satu silinder tak berfungsi dengan baik, ada vacuum leak, throtle body atau engine bermasalah (ada yang menyangka throttle body bermasalah, dah cuci pun masih tak ok), kipas radiator rosak, masalah berkaitan fuel injection dan sebagainya. InsyaAllah masalah engine bergegar ketika idle (berhenti) kita akan cover di artikel lain.

2. Axle/driveshaft

Kalau AXLE/DRIVESHAFT bengkok disebabkan pelanggaran, kemalangan, termasuk lubang dan seumpamanya, kereta akan bergegar, dan lagi laju lagi kuat gegaran kerana tugas kompoenen tersebut adalah memindahkan tenaga dari engine ke tayar.

3. Masalah brake

Jika gegaran terjadi waktu brake, boleh jadi ia disebabkan oleh BRAKE DISC (brake rotor) yang bengok, atau tak sekata permukaannya. Mungkin ia perlu di skim atau ditukar.

Jika kereta bergegar pada kelajuan tertentu dan selepas itu terus bergegar kuat dan ada bau hangit seperti tayar terbakar, kemungkinan brake caliper melekat.

4. Rim/bearing

Jika getaran dapat dirasakan sehingga ke steering, boleh jadi ia disebabkan rim dah bengkok, bearing perlu ditukar, tie rod end perlu ditukar atau bahagian komponen suspension lain. Biasanya tiada jadual berkala untuk perkara seperti ini...bergantung kepada pengunaan kerata, pemanduan, keadaan jalan dan sebagainya. Mungkin ada yang perlu adjust.

5. Tayar
Akhir sekali sebab gegaran adalah tayar. Jika getaran berlaku di kelajuan tertentu, mungkin tire BALANCING perlu dilakukan. Tayar yang haus tak seimbang, mungkin perlu tukar dari depan ke belakang dan sebaliknya. Jika tayar dah bengkak atau getah tayar dah mula merekah, sebaiknya ditukar terus.

Ini hanyalah garis panduan kasar, kesimpulannya, gegaran mungkin disebabkan engine tak berfungsi sempurna kerana spark plug, plug cable, air filter, fuel filter, komponen komponen di bahagian engine, atau kerana drive shaft/axle atau bahagian suspension sistem lain, atau rim ataupun tayar sendiri.

Macam mana kalau gegaran tersebut diikuti dengan bunyi bising? Kemungkinan is bersangkut paut dengan gearbox dan drive train (komponen yang menghubungkan gearbox ke axle)

Untuk dapat diagnosis dengan lebih tepat, sila bawa ke bengkel yang dipercayai untuk mendapatkan khidmat nasihat serta pemeriksaan.

Elakkan tertipu ketika membeli spare part

Elakkan tertipu ketika membeli spare part.. Untuk pengetahuan semua, sekarang ni di pasaran terdapat sekurang-kurangnya lima grade spare part.

1. Spare part original daripada negara pengeluar seperti Jepun dan UK. Biasanya harganya sangat mahal dan hanya boleh didapati daripada pengedar yang sah. Barangan ini sangat berkualiti dan terjamin ketahanannya. Biasanya penjual akan memberi jaminan terhadap barangan ini.

2. Spare part original tetapi dibuat di Malaysia dibawah lesen pengeluar. Harganya murah sedikit berbanding dengan barangan ‘1? di atas. Kualiti terjamin dan biasanya diberi jaminan oleh penjual.

3. Spare part tiruan yang dibuat di Malaysia atau di negara lain yang mana harganya sangat murah tetapi kualiti dan ketahanan barang tidak dapat ditentukan.

4. Spare part recon. yang di recon di Malaysia. Barangan ini sangat merbahaya kerana ia boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada injin kereta sekiranya kita menggunakannya. Harganya seperti barangan ‘2? di atas dan perbezaan barangan sangat sukar dilihat.

5. Spare part secondhand (kedai potong). Barangan ini boleh dikatakan
100% original tetapi terpakai. Harganya boleh dikatakan separuh daripada harga barangan ‘1?. Kualiti bergantung kepada jenis barangan dan kenderaan. Biasanya penjual akan memberikan jaminan yang terhad untuk barangan ini.

Bagaimana nak mengenali barangan ini kesemua barangan ini. Kami akan menerangkan tentang perbezaan barangan 1, 3 dan 4.

Kita ambil contoh, Timing belt. Timing belt original (1) jika kita pegang, kelembutan getah beltnya dapat kita rasa, kekemasan barangan dapat kita lihat dari segi cetakan nombor part dan satu cara untuk mengujinya, gunakan kuku tangan kita dan cuba kikis cetakan nombor part pada belt. Kalau boleh keluar cetakan nombor itu maka ia adalah barang ‘3?. Tapi kalau kuku kita yang nak tertanggal, ia barangan ‘1? atau ‘2?. Selepas menggunakan barangan ‘3? selama 3 bulan atau lebih, biasanya kita akan mendengar bunyi seperti belt longgar dan biasanya mekanik akan cuba untuk adjust. untuk timing belt belum pernah pihak kami jumpa barangan ‘4?.

Berhati-hati dengan penjualan minyak injin murah kerana minyak itu biasanya adalah minyak recycle atau recon. Bukan minyak saja, plag, absorber, klutch plate, brake pad, oil filter, air filter. Minyak injin biasanya akan melekit bergantung kepada kadar kelikatannya tetapi minyak recon kalau kita rasa kita akan dapati ianya kurang melekit dan berbau seperti benda terbakar.

Untuk absorber, cuba perhatikan dibahagian steel berkilat yang masuk ke dalam absorber. Kalau absorber dah rosak atau oil sealnya dah bocor, minyak akan keluar melalui 4 lubang di sekeliling batang absorber tersebut. Tapi absorber recon, lubang tu dah di tutup oleh skru atau bebenang untuk kegunaan skru seperti absorber adjustable. Klutch plate pula kia dapat lihat perbezaan warna dan keusangan di antara pepaku atau rebet yang digunakan untuk melekatkan pad klutch dengan pepaku/rebet asal. Plag tidak dapat dikesan perbezaannya tetapi selepas menggunakannya pasti kita akan tahu kerana plag recon, jangkahayatnya tidak lama.

Disini tidak dapat diterangkan dengan lebih lanjut kerana perbezaan antara barangan 1, 2, 3 dan 4 cuma boleh dilihat sekiranya terdapat dua barangan yang sama jenis tetapi berlainan kategori.

Akhirnya, pastikan sebelum membeli spare part, tanya penjual samada barangan yang hendak dibeli adalah barangan 1, 2, 3 atau 4. Dicadangankan beli barangan 1 atau 2 walaupun harganya mahal sedikit tetapi ianya dapat menjimatkan kita dalam jangka panjang.