Thursday, September 17, 2015

KENALI FUNGSI INDICATOR LIGHT PADA METER KERETA ANDA

Kenali Fungsi indicator light pada meter kereta Anda. 
1. Handbrake signal - Sepatutnya isyarat ini akan padam serta merta apabila “handbrake” dilepaskan. Tetapi apabila ia tetap menyala periksa takat minyak brek anda dan jika ia mencukupi dan lampu isyarat tersebut masih menyala kemungkinan suis handbrake anda rosak.
2. Oil pressure light - Juga dikenali dengan lampu aladin. Isyarat ini menunjukkan minyak engine anda kurang daripada takat yang sepatutnya. Sekiranya ini kerap berlaku pastikan anda ada menyimpan minyak enjin berlebihan didalam kereta anda kerana kerosakan yang teruk boleh terjadi akibat dari kekurangan @ kehabisan minyak engine.
3. Check Engine Light (CEL) - Isyarat ini terdapat pada kereta-kereta yang mempunyai system injection (suntikan) bukan lagi karburator. Anda boleh perasan isyarat tersebut menyala ketika anda memutarkan kunci kereta dan ia akan terpadam setelah beberapa saat engine anda dihidupkan. Isyarat ini bertujuan untuk member isyarat bahawa system elektronik (atau lebih tepat lagi sensor) pada kereta anda berada dalam keadaan baik. Jika perkara ini berlaku ketika anda memandu namun tidak memberikan apa-kesan pada prestasi atau suhu engine anda teruskan memandu dan seelok-eloknya hantar kereta anda untuk di diagnosis kan pada bengkel yang mahir.
4. Low battery charging - Isyarat ini terdapat pada semua jenis kereta. Ia menandakan system elektrik pada kereta mempunyai masalah sama ada beteri atau pun “alternator” kereta anda mempunyai masalah “charging”. Alternator adalah alat seperti dynamo pada basikal. Ia akan menjanakan tenaga elektrik sebaik saya engine kereta dihidupkan. Biasanya sama ada alternator tersebut rosak atau pun tali sawat yang memutarkanya sudah kendur. Jadi sebelum memandu pastikan semua talisawat (belting) mempunyai ketegangan sekurang-kurangnya boleh dikilaskan 45 darjah-jika terlalu ketat engine akan menjadi berat kerana beban dari ketegangan talisawat tersebut dan jika terlalu kendur putaran alternator tersebut akan tergelincir dan seterusnya tenaga yang akan dibekalkan kepada kereta menjadi tidak sempurna.
5. Temperature gauge - Pengesanan awal Isyarat ini menunjukkan keadaan suhu penyejuk kereta anda. Jika bermasalah kebiasaannya kerana radiator tersumbat, hos atau sambungan karat dan bocor dan penutup radiator rosak. Ini menyebabkan jumlah air kurang ataupun lebih teruk lagi tiada air dalam reservoir (tangki simpanan) 
6. Indicator ABS - Cuba perhatikan indicator ABS ni... Selepas 3 4saat mesti akan padam.. Menandakan sistem abs berfungsi... Kebiasaannye indicator abs ni berwarna kuning... Kalau masih kekal hidup, seeloknya dapatkan khidmat diagnosis

No comments: