Monday, September 28, 2015

Mengetahui jenis jenis asap kereta anda

ASAP-ASAP DARI EKZOS
Sedikit asap dari ekzos okey, tapi asap yang tebal biasanya adalah simptom penyakit kereta. Jika anda mengalami masalah tersebut, jangan tunggu lama-lama. Apakah penyakit tersebut-penyakit tersebut? Biasanya ia boleh dikenali melalui warna asap tersebut.

ASAP BIRU - Ia membakar minyak pelincir. Bermakna ada kebocoran, mungkin seal atau piston ring dah tak elok, dan minyak pelincir mengalir ke bahagian pembakaran. Jika ia terjadi, tahap minyak pelincir perlu diperiksa selalu. Walaupun baikpulih tersebut dikira kerja berat, tapi bagi kereta yang lama dan kebocoran agak sikit, mungkin memadai anda menambahkan minyak pelincir yang kurang dari masa ke semasa.

Pembakaran minyak pelincir boleh merosakkan spark plug anda, maka waktu nak start engine mungkin ada kesukaran. Jadi jika engine susah nak start dan ada asap biru, anda tau apa kemungkinannya.

Jika kereta yang ada turbo, dan ada asap biru, ini mungkin bermakna blower nak kena repair

ASAP KELABU - Asap kelabu ni agak sukar nak diagnos.
Agak sama dengan sebabnya asap biru, juga pembakaran minyak pelincir dan turbocharger dah tak elok

Boleh jadi juga minyak ATF tersedut ke engine disebabkan automatic transmission (gearbox) modulator tak elok.

Injap PCV (positive crankvase ventilation) yang tersangkut juga boleh menyebabkan tekanan terlalu tinggi dan seterusnya mengakibatkan kebocoran minyak pelincir seterusnya minyak pelincir dibakar sama, mengeluarkan asap biru

ASAP PUTIH - Asap putih yang tebal / beterusan

Asap putih yang sedikit tak mengapa, tapi asap putih yang tebal / beterusan mungkin disebabkan coolant dibakar. Ini mungkin serius, diakibatkan oleh masalah engine blok retak, silinder rosak, gasket head dah tak elok, semuanya melibatkan sejumlah kos baikpulih.

Namun, walaupun kosnya mungkin sedikit besar, jangan dibiarkan kerana ia mungkin melarat atau bertambah parah seperti engine overheat dan kerosakan lain yang mungkin berlaku.

Coolant yang bocor juga boleh bercampur dengan minyak pelincir dan menyebabkan kerosakan yang memeningkan kepala.

ASAP HITAM

Asap hitam membawa maksud terlalu banyak minyak dibakar. Sila periksa atau buat pemeriksaan air filter anda.

Juga komponen lain seperti sensor, fuel injector, fuel pressure regulator yang rosak atau saluran minyak kembali ke tangki yang tersumbat juga mengakibatkan pengaliran minyak untuk dibakar tak lancar dan seterusnya pembakaran minyak berlebihan berlaku. Di samping itu, masalah yang sama jug mungkin berlaku apabila sensor MAF atau oksigen tak berfungsi dengan baik atau komputer problem.

Bagi kereta yang menggunakan karburetor, boleh jadi juga karburetor tidak berfugsi dengan baik (choke/float).

Sudah tentu pengunaan minyak anda tak berapa ekonomi.

----------------------------------------------------------------------------

BAIKPULIH:

Secara umumnya...

Jika asap anda biru/kelabu, mungkin seal atau piston ring perlu diganti, ini bermakna overhaul.

Kalau coolant bocor ke dalam kebuk pembakaran (asap putih), mungkin head gasket perlu ditukar (top overhaul).

Jika asap hitam, bergantung samada kereta anda menggunakan injection atau carburetor. Komponen bermasalah harus dikenal pasti dahulu. Kadang kala injector bermasalah dapat dikenal pasti dengan melihat spark plug

No comments: